Masih teringat-ingat pertama kali di-interview oleh Adibah  (Programme Manager sebelum aku) untuk join team TFTN Petaling Jaya. Ada dua stage yang perlu dilepasi sebelum betul dapat join team TFTNPJ ni. First stage, isi borang online. Second, phone interview.  Ada beberapa soalan yang diajukan (kot), tapi yang paling aku ingat ada satu soalan yang membuatkan aku menceritakan tentang pengalaman sendiri sewaktu di darjah enam.

Darjah enam (2008) – Senang cerita, aku pindah dari sekolah cina (SJKC) ke sekolah melayu (SK). Culture shock jugalah, macam-macam hal jadi haha! Entah macam mana, masa awal-awal tu aku dimasukkan ke kelas paling tercorot sekali. Pelik, dekat sekolah cina aku kelas pertama kot! Hasil daripada intervention parents dengan pihak pentadbir sekolah, akhirnya aku akan dipindahkan ke kelas tengah, atau “kelas tak bijak sangat, tak bodoh sangat”. Okaylah tu, tak dapat kelas pertama. Apa-apa je lah.

Ada dua minggu jugalah aku spend time dengan budak-budak kelas tercorot ni. Best weyh haha, cikgu tak masuk, kami buat hal sendiri. Enjoy sajalah! Tapi sebenarnya dalam aku berseronok dengan dorang ni, terkejut jugalah aku dengan knowledge skills dorang. Bayangkan, lutut dalam bahasa inggeris pun tak tahu, apatah lagi basic kiraan matematik! Apa yang membuatkan aku lagi terkejut, tiada usaha pun daripada cikgu sendiri untuk benar-benar membantu kawan-kawan aku yang dah terlalu ketinggalan ni! Hanya sekadar masuk, mengajar and that’s all. Ya, siapalah kami kalau nak dibandingkan dengan budak-budak kelas depan tu. Lepas 2 minggu (lebih kot), aku pun pindah masuk kelas tengah. Wah, berbeza sungguh semangat cikgu-cikgu mengajar dalam kelas tengah ni ya!

Fast forward 2013, time tu buku-buku fixi tengah blooming. Kalau ada rombongan sekolah ke Pesta Buku PWTC, booth fixi yang pertama aku gerak dulu! “Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang”, adalah buku pertama yang mendedahkan aku tentang betapa teruknya education system di Malaysia ini. Masa tu baru nak faham all these deep-rooted issues dekat Malaysia. Menariknya, as addressed by the writer: “Murid-murid yang pandai akan diasingkan ke ‘sel’ yang lebih baik, diajar untuk bersaing sehabis boleh untuk diri sendiri tetapi tidak mengajarkan mereka sifat kemanusiaan yang paling asas iaitu membantu mereka yang lemah. Akibatnya, murid-murid lemah yang terasing di sebuah ’sel’ yang lebih hitam dan kotor, dibiarkan terkapai-kapai mencari hala tuju ketika yang kuat, pandai dan mampu ke hadapan tanpa menoleh kepada mereka.” Nah, inilah! Inilah apa yang aku rasa masa dekat kelas belakang masa darjah enam tu! Kalaulah aku boleh rewind balik masa and cuba untuk tegakkan keadilan untuk kawan-kawan aku dekat kelas belakang tu, ahh!   

All I’m trying to say is discrimination, isolation and injustice towards these children (anak-anak kelas belakang) could lead to detrimental effects mentally and physically. They deserve to be treated equally. Dan sudah-sudahlah mengasingkan anak-anak kita mengikut sistem “siapa lagi bijak, siapa lagi bodoh.” Owh, and kepada cikgu saya masa darjah enam tu, I wish you could say: “Don’t worry Sumayyah, you just haven’t released your full potential yet.”      

Solidariti dengan kawan-kawan budak kelas belakang!