Pengenalan

Artikel ini adalah berkaitan dengan isu masalah kanak-kanak Prasekolah yang mengalami masalah matematik awal sehingga menganggap bahawa mata pelajaran Matematik adalah satu subjek yang sukar dan membosankan. Penyataan ini dapat disokong melalui kajian Connie S. & Juppri Bacotang (2019) bahawa prestasi  murid dalam  mata  pelajaran  matematik  telah  menunjukkan  kemerosotan yang ketara, sedangkan mata pelajaran ini merupakan antara subjek yang utama.  Menurut  Fischetti  (2013),  ramai  kanak-kanak  melalui  pengalaman  sukar  dalam  awal matematik kerana kaedah  mengajar  untuk  membantu  kanak-kanak  belajar  tidak  diketahui dengan jelas. Ini terbukti apabila sangat sedikit kajian yang dijalankan tentang cara yang efektif dalam  mengajar  matematik  (Rohaty,  2012).

Kebanyakan masalah yang biasa dihadapi oleh mereka ialah sukar mengecam nombor, tidak dapat menghitung mengikut turutan yang betul, sukar membuat berbandingan dan sebagainya. Oleh itu, guru memainkan watak utama dalam menangani masalah ini dalam membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas mereka dalam subjek Matematik. Menurut Sharifah dan Aliza (2011), mereka menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan sekiranya dilaksankaan mealui aktiviti bermain kerna bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Berdasarkan kenyataan di atas, ini menunjukkan bahawa guru memainkan peranan sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti bermain sekali gus meningkatkan kemahiran matematik.

Pendekatan Bermain

Menurut Froebel, bermain sangat penting terhadap perkembangan murid-murid yang merangkumi aspek kognitif, sosial, emosi, dan fizikal (Froebel, 1889). Beliau turut menegaskan bahawa pembelajaran murid-murid bermula sejak awal lahir lagi yang memerlukan peranan ibu bapa dan guru dalam membantu murid-murid menguasai stimulasi kognitif yang diperoleh melalui bermain. Dalam konteks prasekolah, pendekatan bermain adalah sangat digalakkan untuk digunakan sebagai salah satu strategi pdp dan menurut kajian Zaharah Kamaruddin & Suziayani Mohamed (2019). Kemudian, kanak-kanak yang diberi peluang bermain mempunyai tujuan yang jelas, menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah dan memerlukan tindakan untuk mencapai matlamat, memberi peluang  kanak-kanak  menghubungkaitkan  bahan-bahan  permainan  dan  menyediakan  ruang kepada  kanak-kanak  berimaginasi Connie S. & Juppri Bacotang, 2019). Oleh itu, satu idea alat permainan telah diperkenalkan bagi membantu meningkatkan kemahiran matematik awal kanak-kanak iaitu Buzy Math Game.

Peranan Guru dalam Melaksanakan Pendekatan Bermain dalam Matematik Awal

Peranan yang utama ialah melibatkan diri dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian, Perkara utama yang perlu dinilai ialah masalah pembelajaran yang ingin diselesaikan. Jadi, contoh masalah yang telah dipilih ialah masalah mengecam nombor 1 hingga 10, perbandingan antara dua objek (nombor) dan operasi matematik tambah dan tolak. Dalam proses perancangan, ia melibatkan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk atau bahan semasa menangani masalah tersebut. Idea Buzy Math Game adalah adalah sangat sesuai dan mempunyai elemen-elemen kemahiran asas yang hendak difokuskan. Melalui penggunaan Buzy Math Game ini juga dapat disesuaikan dengan beberapa standard pembelajaran khususnya dalam subjek matematik. Berikut merupakan senarai  standard pembelajaran yang telah dianalisis dan boleh diserap ke dalam produk/bahan yang dihasilkan. Antaranya, Konsep Nombor dan operasi nombor. Melalui penghasilan produk ini, menerapan elemen keceriaan dan keseronokan adalah yang paling utama untuk menarik perhatian sekali gus mampu untuk menghasilkan alat permainan yang bermakna dan berkesan kepada kanak-kanak dalam mengenal konsep pranombor dengan baik. Ini adalah kerana, bukan sahaja mereka seronok bermain malahan ia berupaya untuk mencapai objektif pdp dengan mengaplikasikan strategi yang lebih menyeronokkan dan bersesuaian dengan jiwa mereka. 

Seterusnya, mencipta persekitaran yang merangsang perkembangan daya berfikir kanak-kanak. Aktiviti bermain perlulah berupaya untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran berfikir secara kritis sekali gus lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah yang berlaku secara tidak langsung dan tanpa sengaja. Produk atau bahan yang telah  dibina khususnya untuk bermain dan meningkatkan kemahiran pranombor ini adalah sesuatu produk yang lengkap dan dibina secara berperingkat iaitu dari peringkat mudah ke sukar. Kemahiran berfikir kanak-kanak dapat diasah mengikut peringkat yang betul iaitu bermula peringkat yang paling rendah iaitu mereka perlu mengingati dan memahami sesuatu konsep manakala peringkat tinggi adalah memerlukan mereka untuk menyelesaikan masalah dengan kreatif dan kritis melalui pemahaman yang telah dikuasai tadi. Kemahiran berfikir adalah merupakan proses-proses mental yang berlaku dalam sistem kognitif individu (Heong et al., 2011). Selain membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, kanak-kanak perlu berfikir untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara baharu yang mereka temui, eksplorasi terhadap pelbagai idea atau ciptaan dan membuat perbandingan, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang telah dialami. Selain itu, produk yang dibina juga, dapat memberikan pemahaman konsep baharu yang dilakukan secara berulang-ulang semasa bermain dan penguasaan terhadap konsep pranombor pada peringkat yang seterusnya lebih berkesan. 

Di samping itu, membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang untuk menunjukkan perasaan dan mengembangkan daya kreativiti serta kemahiran berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu aktiviti bermain memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran (Roopnarine & Johnson, 2013). Ini adalah kerana melalui aktiviti bermain, ia menjadikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak menjadi lebih berkesan dan bermakna. Secara tidak langsung, bermain juga dapat menggalakkan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain, sekali gus meningkatkan perkembangan diri yang merangkumi domain-domain perkembangan seperti motor halus, motor kasar,  sosioemosi, dan bahasa. Melalui penggunaan produk Buzy Math Game ini, ia boleh dilaksananakan secara berpasangan atau individu. Sekiranya secara individu, ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk menunggu giliran untuk bermain manakala jika dilaksanakan secara berkumpulan, kanak-kanak akan berpasangan dan berbincang untuk menyelesaikan masalah permainan yang telah disediakan. Mereka juga akan bekerjasama menyelesaikan misi dan tugasan yang telah disediakan semasa permainan dijalankan. Situasi ini amat menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dan berinterasi dengan baik, berkongsi peralatan, mengawal emosi semasa menyelesaikan misi dan sebagainya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pembinaan produk atau alat permainan haruslah merangkumi aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Selain itu, produk tersebut juga harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan mestilah dalam bentuk yang boleh menarik minat kanak-kanak dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti dan pembantu guru.

Sebagai seorang pendidik, pemilihan kaedah mengajar awal matematik yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Ini kerana kaedah mengajar memberi kesan terhadap pencapaian awal matematik kanak-kanak prasekolah. Pendidik  juga  perlu menjadikan kaedah permainan sebagai kaedah mengajar yang utama untuk  memastikan kanak-kanak prasekolah dapat menguasai awal matematik dengan baik.

Rujukan

Heong, Y. M., Jailani Yunos, Widad Othman, Razali Hassan, & Kiong, T. T. (2011). 

Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano Dalam Penjana Idea. In 

Seminar Pasca Ijazah Dalam Pendidikan

Huraian Sukatan Pelajaran: Bahasa Melayu (Semakan Baharu). (2013). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Nor Jannah Hassan, Nooriza Kassim, Safani Bari, Effandi Zakaria, & Norshidah 

Mohamad. (2015). Infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dalam 

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Murid Bermasalah Penglihatan. In 

Seminar Internasional Pendidikan Khas Pasca Siswazah (pp. 1–13).

Ompok, C. S. @ C. C., & Bacotang, J. (2019). Kesan kaedah mengajar terhadap pencapaian awal matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 8-16. https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.2.2019

Roopnarine, J., & Johnson, J. E. (2013). Approaches to early childhood education. 

Merrill/Prentice Hall.

Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1, 1– 15.

Kamaruddin, Z., & Mohamed, S. (2019). Keberkesanan Pendekatan Bermain Dalam Kemahiran Mengenal Huruf Melalui Permainan Bahasa. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.